Wednesday, 2 January 2019

2019 - DOA DAN PENGHARAPAN

Bismillahirahmanirrahim..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. 

Biasa kita dengar, tiada manusia yang sempurna.. semuanya melakukan kesilapan dalam hidup.. Betapa hebatnya dugaan dan cabaran dalam menjalani kehidupan seharian. Allah menguji, bukan sahaja dengan kesedihan malah gembira juga satu ujian.. Kuatkah kita dugaan atau lalaikah kita dengan nikmat? 

Tapi itulah kitaran hidup manusia.. ada suka ada duka.. sekali kita melangkah, berani mengambil keputusan, namun beranikah kita berhadapan dengan cabaran yang mendatang? atau.. menyesal dengan tindakan kita dan ingin berpatah semula.. 

Kita sering khuatir dengan keputusan yang telah diambil.. antara benar kah atau salah kah? Bila kita dijalan buntu, istkharah lah.. Allah akan memberi jawapan.. Dia sentiasa membantu.. Percayalah dan yakinlah itulah yang terbaik yang Allah Taala telah tentukan. Dialah sebaik-baik perancang. 

Kasih sayang dan rasa cinta boleh dipupuk dan dibaja.. andai kita merasa diri melakukan kesilapan dan gagal dalam hidup, rasa rendah hati dan kasih sayang tidak pernah gagal.. semarakkan lah rasa kasih sayang pada semua orang.. bukan sahaja pada orang yang kita cinta, namun sesama manusia, sesama makhluk Allah.. Kebaikan takkan pernah mati pada mereka yang menghormati diri mereka sendiri.

Hidup dan pengalaman adalah guru paling hebat. Jalanilah hidup seperti mana yang kita mahu. Bukan seperti yang orang lain mahukan. Kita berhak keatas kebahagiaan kita sendiri. Pilihan ditangan kita.. Keputusan ditangan kita. Namun usah menunding jari seandai nya kita salah. Apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan, jangan terlalu mengharapkan yang indah-indah.. Expect the worst.. kerana selagi kita hidup, kita akan terus diuji dan terus diuji.. REDHA..


Selamat menyambut Tahun Baru 2019 dari kak Nana. Doa kak Nana sentiasa yang baik-baik untuk hari-hari yang mendatang. Rasa syukur yang sentiasa dibibir kerana diberi nikmat hidup hingga ke hari ini. Dikelilingi insan tersayang. Doakan juga akak sentiasa sihat dan kuat menghadapi ujian yang bakal Allah Taala kurniakan.. Berani bertanggungjawab dengan keputusan yang Kak Nana buat.. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.. selamat datang hari pertama 2019..    

Thursday, 27 December 2018

PROJEK DECO - PENINGNYA PILIH TILE!

Bismillahirahmanirahim..

Arghh.. lamanya Kak Nana tak update blog.. penat berulang alik Senawang - Mantin.. kan dah demam.. hampir setiap hari juga Kak Nana berulang nak tengok kerja-kerja yang Wak Karim and team buat. Sejujurnya akak bersyukur dapat bekerjasama dengan team ni.. dari awal pembikinan rumah, mereka komited dan tak curi-curi.. Curi-curi maksudnya disini dari segi kerja, simen, pasir, beam semuanya bagus dan mengikut spec yang telah diberikan oleh SPNB. Kerja-kerja Wak dan team nya di pantau oleh Supervisor mereka En Ali dan Big Boss En Yazid. Akhirnya pada 24/12/2018 tamatlah sudah kerja-kerja mereka dan akak pun dah tandatangan borang pengesahan dan penerimaan rumah Mesra Rakyat dari SPNB. 

Tapi kerja-kerja Wak Karim dan team nya masih belum berakhir kerana akak dan Mr Husband dah plan nak pasang tile dan upah mereka sahaja. Senang mereka teruskan sambung kerja pasang tile kan? Tapi yang pening nya nak pilih tile mana satu nak pakai yang cantik dan murah.. hahah.. So bermulalah kerja kami suami isteri pergi survey tile mana yang sesuai.. 

Ni komfim sama ngan umah Widuri.. Rejek!

Hmm.. mana 1 ek.. 

Bermula dari kedai Tile di Rahang kecil, kami ke Ampangan.. Mr Husband berkenan sangat dengan tile warna hitam.. memang cantik la kan tile warna hitam.. tp alamak.. mahalnya harga dia.. anggaran RM17-RM22 sekeping gred A saiz 2x2.. tak leh jadi kita cari tile putih je.. hmm.. not bad RM10 tp gred B atau yang China brand.. kalau ada offer pun RM10 gred A tp warna agak coklat skit dan berpatern.. ada patern corak kayu, garis-garis.. penat pilih akhirnya Mr Husband surrender.. dia minta akak pilih sendiri je masa dia dah g kerja nanti.. ok lah..

Bila Mr Husband dah g kerja akak pun jalan sorang survey kat Pekan Mantin.. ada satu kedai Hardware Cheng Hoe.. besar kedai hardware ni.. macam-macam barang hardware ada termasuk tile.. akak pilih punya pilih sejam lebih gak kat situ.. yang akak berkenan plak takde stok.. grgrgr... kensel.. pegi balik kat Rahang kecil.. kedai mula-mula datang ngan Mr Husband.. Thong Sin Tiling.. 

Ok yang ni lah.. Adoii takde stok pulakkk..
macam catik plak ada corak marble.. 
Alhamdulillah dapat yang akak berkenan.. ada offer juga Gred A dengan harga RM10.. tp limited stok.. kira punya kira area rumah cukup untuk warna putih dan warna hitam akak beli sikit untuk buat border ruang tamu dan ruang makan. Jadilah guna lebih kurang 30 keping tile warna hitam untuk dijadikan border.. itu cuma imaginasi akak je nak buat border.. tapi harap-harap result dia cantik lah bila siap nanti.. 

Wak bersihkan lantai.. nak mula pasang dah..

Pasang tile putih dulu.. border kemudian
Amoi kedai tile ni bagitau lebih putih warna tile lebih mahal lah harga dia.. ooo patutlah kalau yang kaler coklat-coklat ada design skit tu murah dari yang putih melepak.. akak pilih yang biasa-biasa je.. tile yang paling putih among yang coklat-coklat tadi.. :D ok kan? 


2 orang yang bertanggungjawab pasang tile..
yang lain-lain bantu bancuh simen..



Ini presentation kepada Mr Husband.. Idea cemana nak pasang tile.. kene present sebab 
Mr Husband yang kene keluar bajet untuk pasang tile.. heee.. (akak senyum nampak gigi)..




Tuesday, 13 November 2018

BERBALOIKAH RUMAH MESRA RAKYAT?

Bismilahirahmanirrahim..

Gambar dari laman web SPNB
Hari ni Kak Nana terpanggil untuk menulis tentang cara-cara nak mohon projek Rumah Mesra Rakyat dari SPNB. Sebabnya hari ni masa tengah buat kerja-kerja konkrit lantai, ada seorang pakcik datang bertanya cemana nak mohon rumah Mesra Rakyat ni.. Pakcik ni ada tanah yang dikongsi dengan 3 penama.. Dia dah bertanya pada Ketua Kampung tapi Ketua Kampung tak pasti tentang projek Rumah Mesra Rakyat. Jadi dia tak tau mana nak tanya lagi.. Pakcik ni sebenarnya kasihan kat anak dia yang duduk menyewa di taman perumahan di Seremban.. Sekarang sewa rumahnya RM800 sebulan.. So, akak voluteer nak bantu pakcik ni.. 

Sebenarnya ramai dikalangan kita orang melayu khususnya ada tanah sendiri.. Tak kisah lah mungkin dari tanah pusaka, tanah milik keluarga atau kongsi mahupun hak milik individu. Tapi masalahnya agak sukar untuk keluarkan belanja dengan jumlah yang agak besar untuk buat sebuah rumah. 

Jadi, inilah fungsi SPNB dimana ia sebuah badan yang di pertanggungjawabkan untuk membantu menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk keluarga di Malaysia. Pada akak ia satu langkah yang sangat bagus untuk membantu rakyat. Kerajaan siap bagi subsidi lagi.. jadi kita gunakan lah SPNB sebagai platform untuk kita buat rumah di tanah sendiri.. Why not kan? 

Cara-cara memohon program Rumah Mesra Rakyat:

1. Borang boleh didapati secara online atau dapatkan dipejabat SPNB yang berdekatan.
2. Isi borang dengan lengkap dan sertakan semua dokumen yang berkenaan.
              * Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
              * Salinan kad pengenalan tuan punya tanah
              * Salinan geran hak milik tanah terbaru
              * Sijil carian rasmi terbaru dari pejabat tanah
              * Salinan slip gaji pemohon dan pasangan
              * Surat akuan sumpah (perlu dapatkan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah)
              * Surat kebenaran pelepasan dari tuan punya tanah (jika bukan tanah sendiri, kalau tanah                       ada 3 penama maksudnya ketiga-tiga penama bersetuju untuk pemohon membuat rumah                    di tanah tersebut dan menandatangani surat pelepasan)
              * Sijil Nikah pemohon.
3. Setelah semua siap, dapatkan pengesahan dokumen daripada Wakil Rakyat / Penghulu/ Ketua Kampung.
4. Hantar borang yang lengkap tadi di Pejabat SPNB negeri masing-masing.

Senang je kan? tak susah sebenarnya.. Walaubagaimana pun kelulusan adalah tertakluk pada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPNB. Satu lagi kene sabar tunggu giliran.. Macam akak dah tunggu 3 tahun juga untuk dapatkan rumah ni. Tapi pada akak penantian akak berbaloi bila kerja-kerja buat rumah dah pun bermula. Tanpa modal, pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh bank dan kerajaan. 

Untuk rumah akak, akak pilih 3 bilik tidur, 2 bilik air dengan 1000 kps. Kos adalah RM65,000.00. RM45,000.00 dari pinjaman bank dan RM20,000.00 subsidi kerajaan. Bayaran pinjaman kepada bank adalah sebanyak RM270.00 sebulan. Boleh la kan.. Pada akak sangat lah berbaloi.. Syukur Alhamdulillah.. 

Banyak lagi projek-projek perumahan dari SPNB.. samada yang bersubsidi ataupun yang tak de subsidi. Boleh layari laman web SPNB untuk tahu lebih detail projek-projek perumahan SPNB. Pada sesapa yang ada tanah kat luar sana, tanah keluarga ke, boleh je sepakat untuk buat rumah.. Kenapa nak menyewa kalau ada peluang buat rumah dengan bantuan kerajaan kan?.. :).. Pedulikan kata-kata orang kita terima bantuan kerajaan ke apa.. yang penting kita ada rumah kita sendiri.. InsyaAllah..


Kerja-kerja buat lantai dah bermula
Alhamdulillah.. Kemas kerja mereka..



Pelan lantai Rumah Mesra Rakyat.. 3 bilik tidur, 2 bilik air.



Friday, 2 November 2018

KULIT CANTIK DAN LEMBAB DENGAN MOROCCAN OIL ORGANIC BATH SOAP

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim..

Moroccan Oil dari bahan organic
Pertama kali Kak Nana update pasal produk ye tak? hehhe.. Akak terpanggil untuk upload kisah sabun mandi sebab kat rumah tu dah berebut-rebut nak pakai.. konon nya nak kulit lembut macam ibu.. Eh? hahhah.. Akak bukan lah obsess dengan kecantikan tapi biasalah dan nama perempuan kan.. paling tidak pun mesti nak cari produk yang sesuai untuk kulit, muka dan badan. Ni kisah mula-mula akak pakai produk yang ngam kat kulit akak ni..

Moroccan oil ni kisah dia mcm ni hmm.. Mr Husband la.. Dia memang rajin belikan akak buah tangan tiap kali balik dari kerja di Qatar. Antara barangan dia belikan adalah barang mandian. Dah 3 ke 4 jenama barang mandian.. Body Shop laa, Palmolive la.. tapi entah apa yg tergerak hati dia capai MOROCCON OIL ORGANIC BATH SOAP ni.. So bila dah balik akak pakai la kan? Mula-mula rasa rimas sebab tekstur sabun tu bukan liquid, bukan gel, tapi macam apa nak cakap ni.. hmm.. macam tanah liat kot.. refer gambar la ek.. So memang tak pernah pakai sabun mandi style macam ni.. biasa memang pakai liquid je.. 

Walaupun pelik sabun ni, akak pakai je.. Apa yang menarik minat akak?.. sebab ingredient dia. Sebab bahan asas dia adalah daripada minyak zaitun organik (olive oil). Khasiat olive oil ni tak yah la Kak Nana cite la kan terutama untuk kulit.. Minyak zaitun dah digunakan untuk kecantikan sejak zaman purba lagi. Mereka berendam dalam minyak miyak zaitun untuk dapatkan kulit yang cantik dan lembut.. Perghh.. tengok harga minyak zaiton 1litre pun sekarang hadoiii.. beli pakai untuk masak.. tu pun kene jimat2.. cemana nak berendam..

Selain dari olive oil ada juga dari bahan grace ward
namun fungsinya sangat bagus untuk kulit.
Dari belakang kotak.. datang dengan luffa.
Ok Back to Moroccan Oil Bath Soap td.. tekstur dia bukan saja mcm tanah liat.. tapi dia takde bau.. so memang takyah la nak expect pakai sabun ni satu rumah akan bau wangi.. bau badan u all pun akan wangi seharian bak haruman 7 ke 8 bunga, bunga mawar, teratai, kecubong dan sebagainya.. takde.. memang takde.. tapi percayalah dengan hasilnya.. kesan dia dapat dilihat kira-kira seminggu bila kita rasa kulit kasar takde lagi.. Kulit kering jauh sekali.. memang lembab je kulit. Guna tiap kali mandi.. memang kesan sangat ketara.

Tekstur macam tanah liat.
Tak wangi pun.. mungkin kerana
bahan asasnya adalah minyak zaitun.
Letak pada luffa dan gosoklah 1 badan. sebaiknya
tunggu lepas 5 minit dan bilas..























Moroccan Oil Organic Bath Soap ni ada banyak lagi jenis, salah satunya Olive Oil, Aker, Grace Ward, Walnut, Indigo,.. dan akak dah pakai semua.. memang kesan nya sama.. Tujuannya sama. Datang dengan penggosok badan (luffa) .. ha sangat best mandi bila gosok dengan luffa ni macam scrub.. gosok sampai tapak-tapak kaki.. ni cerita real bukan nak promote produk sesapa.

Personally akak dah pakai dalam 6 bulan.. Bila dah lama-lama pakai anak-anak perasan tanpa akak bgtau pun pasal sabun ni.. 'kenapa kulit ibu lembab? tak kering.. kuya rasa kulit kuya tak lembab mcm kulit ibu la.. kenapa ye?' haaa... baru lah akak bukak mulut.. panjang celoteh akak macam yang akak tulis ni la.. 'kuya nak pakai jugakkkk'.. dah si kakak pun 'kakak nak pakai jugakkk'.. abahhh beli banyak-banyak... haa kannn.. padan muka abah.. hahah

Amboiii.. promote ke kak? Adehh.. akak bukan jual dik.. Akak bercakap berdasarkan pengalaman akak yang teruja dengan produk ni.. kat Malaysia ni pun akak tak tau kat mana nak beli.. Boleh try lazada ke shoppe ke.. lagipun banyak brand yang bahan berasaskan dari bahan yang sama.. boleh je cuba.. tapi kalau nak boleh je PM akak.. hahahh.. Mr Husband tolong belikan dari Qatar. :D

Pelbagai pilihan. Ada juga yang 1 set 5 in total. Lengkap dengan
losyen, dan shower gel.. 





Saturday, 27 October 2018

RAWATAN ALTERNATIF ACUPUNCTURE

Bismillahirahmanirrahim..

Satu hari masa tengah minum petang dirumah mak dan ayah di Kampung Ujong Pasir, ayah suarakan.. 'Esok ina dengan abang bawak ayah pegi acupuncture boleh?'.. Akak dan Mr Husband ok je lah.. setuju untuk bawak ayah ke tempat rawatan acupuncture esok. Biasa juga akak dengar dengan rawatan acupuncture di televisyen, media elektronik mahupun media sosial. Tapi tak penah sekali pun mencuba. 
Cheok Acupunture Specialist..
Boleh call dulu kalau nak kepastian tentang rawatan
dan temujanji.
Mula-mula sesat juga kami mencari pusat rawatan tu.. Akhirnya kami jumpa juga CHEOK ACUPUNCTURE SPECIALIST yang terletak di Temiang, Seremban.. Kami disambut baik oleh pemilik dan pembantu pusat rawatan tersebut. Ayah pertama kali buat acupuncture.. eh akak mula-mula rasa macam seram pulak tengok jarum-jarum tajam yang dicucuk pada area tertentu di tangan dan kaki ayah. Tapi ayah berani je.. tujuan ayah sebab selalu rasa tak sedap badan dan kaki selalu sakit-sakit.. 

Akak suarakan pada Mr Husband supaya mencuba sebab Mr Husband ni kerap juga sakit kepala.. Hmmm.. dah agak jawapan dia.. 'Taknak lah'.. erghh.. pujuk punya pujuk Mr Husband setuju dengan syarat akak pun buat sekali.. adoii.. ok lah layan la kan dapat juga buat rawatan sama-sama 3 orang sekali. Tapi akak nak buat acupuncture kenapa? Keluar lah soalan.. 'uncle, ini acupuncture boleh bikin cantik tak?' 'bolehhh..' jawab uncle Cheok.. hahahaa.. Cantiklah akak jap lagi ni kang.. loll.. :D ..Jadi kami bertiga menjalani rawatan acupunture disitu dengan tujuan yang yang berbeza.. Ayah untuk sakit-sakit badan dan kakinya, Mr Husband sakit kepala dan sakit kaki juga, akak konon-konon untuk bg cantik dan lancarkan perjalanan darah.. :D

First time.. Kat dahi jarum untuk lancarkan
perjalanan darah area muka.. Cantik kan?
hahah..
Mr Husband takut-takut.. Dia memang takut jarum..
kat kepala ada 2 jarum untuk sakit kepala.






Rawatan acupuncture ni adalah rawatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada point-point tertentu mengikut keperluan pesakit. Menurut Uncle Cheok, dalam badan kita ada lebih 700 point dimana jika aliran atau tenaga di point-point ini terganggu, haa.. mulalah akan rasa sakit sana sini.. Jadi, inilah fungsi jarum halus ni untuk melancarkan semula aliran tenaga yang terganggu tadi. 
Kali ke 3 dah akak dan ayah
buat rawatan disini.. nampak tak jarum kat dahi? :D
Kali ni 15 batang jarum ditangan dan kaki ayah..
Macam ni lah rupa jarum yang dicucuk pada
 point-point di tangan. Kita ikhtiar.. insyaAllah
Rasa apa ek bila kene cucuk dengan jarum tu?.. Masa cucuk tu taklah rasa sangat sebab jarum tu betul-betul halus dan cucuk tak dalam pun.. cuma bila dah lama-lama ada rasa kebas, bedenyut-denyut dan rasa berat je kat area yang dicucuk. Rawatan mengambil masa setengah jam sahaja. Bayaran adalah sebanyak RM20.00 seorang per session. Boleh lah kan? Kata Uncle Cheok kalau sakit yang agak teruk macam saraf, stroke, lumpuh sebaiknya buat setiap hari.. kalau biasa-biasa seminggu sekali pun dah cukup bagus untuk melancarkan aliran tenaga dalam badan kita. 


Sakit bahagian tapak kaki kata akak tu
Pelbagai bangsa yang datang untuk rawatan alternatif
acupunture




Uncle Cheok dan pesakitnya
Uncle Cheok pakar dalam bidang ucupunture.
Ramai pesakit terutama pesakit stroke dan penyakit
saraf yang dibantu oleh Uncle Cheok..


Ramai yang datang kesini untuk menjalani rawatan acupuncture ni.. Melayu, cina, india ramai yang datang dengan macam-macam sakit dan masalah. Hari ni dah masuk kali ke tiga akak dan ayah buat rawatan acupunture. Mr Husband kerja.. akak berdua je ngan ayah buat rawatan. Mak masih belum dapat pegi sekali sebab mak sibuk mengajar anak muridnya mengaji waktu petang.. lepas ni mungkin pergi pagi pulak supaya mak boleh pegi sekali. 

Lepas buat rawatan acupunture akak dan ayah minum petang di restoran Temiang Corner.. Seronok berbual dengan ayah.. pengalaman ayah, ilmu yang penuh didada ayah.. hmm.. boleh la ajar dan perturun kat menantu ayah ye ayah.. ahakk.. sayanggg ayah.. 

Tuesday, 23 October 2018

PERLU KAH TUKAR STATUS TANAH?

Bismilahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..


Zaman sekarang ni Allahu tingginya nilai hartanah.. Apa yang Kak Nana nak kongsi hari ni penting kah ubah status hartanah? Akak menulis bukahlah kerana akak pandai sangat hal-hal hartanah.. akak cuma berkongsi pengalaman apa berlaku pada akak dan sekeliling akak sekarang. Alhamdulillah berkat rezeki masa kerja dulu dapatlah akak beli tanah sikit walaupun tak lah besar mana. Tanah di kawasan kampung je.. Tujuan nya manalah tahu kalau ada rezeki lebih dapatlah buat rumah yang ada laman dan tempat bercucuk tanam sikit kan? So simpan je la tanah tu.. 

Tapi apa yang akak buat masa mula-mula nak beli tanah? Pertama sekali bila kita dah identify tanah mana yang berkenan mintalah salinan geran dan terus buat carian (land search). Kenapa kena buat carian? kerana dekat carian tulah ada detail tentang nama pemilik, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan semua berkenaan tanah terbabit. Status tanah,lokasi, luas, ada sekatan ke tak, ada kaveat ke tak.. semua jelas diberitahu dalam carian.. . Masa mula-mula akak beli tanah tu adalah berstatuskan PERTANIAN tapi urusan jual beli mudah kerana geran tanah tersebut hanya satu nama (1 owner). Kemudian selesai urusan jual beli akak terus ubah ke status BANGUNAN

Pernah terjadi pada seorang sahabat nak beli tanah berstatus Pertanian tapi ada 4 nama dalam 1 geran. Deposit/booking dah bagi tapi sampai sekarang masih belum selesai.. sebab urusan jual belinya agak rumit kerana harus mendapat persetujuan daripada semua pemilik. Kalau salah seorang tak setuju memang tak boleh nak proceed. Lebih malang dia menggunakan orang tengah!. Mulanya memang orang tengah kata semua pemilik setuju, tapi bila dah serah deposit, tak jumpa sorang la.. sorang duduk Singapore la.. hmm.. silap-silap deposit pun lesap. WallahuAlam.. 

Ada beze ke tanah status Pertanian dan status Bangunan? Mesti lah ada.. Nombor 1 sekali nilai pasaran. Bila kita dah ubah status hartanah secara automatik nilai tanah tersebut dan tak sama. Boleh jadi 2 atau 3 kali ganda mengikut status, kawasan dan value pada tanah tersebut. Dan yang kedua mudah nanti urusan dengan Majlis Daerah untuk buat rumah. Untuk ubah status tanah, prosedur dan jumlah premium yang dikenakan mungkin berbeza mengikut negeri. Isi borang yang disediakan oleh Pejabat Tanah dan tunggu kelulusan yang mengambil masa 2 hingga 6 bulan. Kemudian caj premium akan dikenakan mengikut luas tanah. Biasa nya kadar anggaran caj premium adalah RM1-RM1.50 per sq meter (boleh rujuk di Pejabat Tanah Daerah masing-masing).. Kadar  ini juga berbeza dan boleh berubah.

Penting ke tukar status tanah?

Pertamanya, kini kebanyakkan Majlis Daerah telah mensyaratkan supaya menukar status tanah Pertanian ke Bangunan bagi syarat kelulusan pelan rumah. Namun masih ada Majlis Daerah yang membenarkan rumah atau bangunan didirikan diatas tanah Pertanian. Bergantung pada Pejabat Daerah dan Tanah tempat masing. 

Dan yang kedua nya loan bank. Kini antara syarat wajib untuk membuat pinjaman bank untuk mendirikan rumah adalah tanah berstatus Bangunan. Ini adalah polisi pihak Bank. Ye la, bank mesti nak jaga hak dia kan? Kalau apa-apa berlaku peminjam tak bayar ke.. tanah dan rumah tersebut boleh la dilelong dengan harga nilai yang tinggi. 

Yang ketiga nya nilai tanah tu dah jadi tinggi.. Kalau tanah Pertaniah harga RM10,000, tanah ber status bangunan boleh jadi 2 atau 3 kali ganda atau lebih mengikut pasaran. Macam yang kita tahu, nilai tanah sekarang semakin lama semakin tinggi, belum dengar lagi harga tanah mengalami susut nilai.. 

Semoga bermanfaat apa yang Kak Nana kongsikan.. Kak Nana sekarang tengah kemas-kemas tanah tu.. Alhamdulillah rezeki untuk buat rumah mesra rakyat dengan SPNB dah diluluskan. Buat rumah kecik-kecik je.. InsyaAllah kalau tiada aral melintang tahun depan kerja-kerja untuk dirikan rumah bermula. Tak lah berapa jauh dari pekan Senawang dan Bandar Seremban. Boleh lah untuk dijadikan sebagai rumah Ibu.. Ada halaman dan boleh tanam pokok rambutan :D. InsyaAllah..


InsyaAllah dapatlah akak tanam pokok rambutan nanti..
Punyalah panjang lalang.. dah beberapa kali bersihkan..
tapi belum ada rezeki naik rumah..



Antara rumah Mesra Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB
Alhamdulillah sampai masa turn akak plak. Sesiapa yang ada tanah
boleh lah cuba mohon rumah Mesra Rakyat dari SPNB. Walaupun tak se gah
rumah-rumah banglo tapi boleh juga dijadikan tempat berteduh.
 



Friday, 19 October 2018

PERCUTIAN BAJET CARA KAMI DI JEPUN

Assalamualaikum, Bismilahirahmanirrahim..


Map sekitar Bandaraya Tokyo.
Tiada masalah untuk kemana-mana dengan adanya map ni.
Jelas ditunjukkan tujuan dan line mana yg perlu kita ikut.


Hari ni akak nak rumus kan skit percutian singkat akak dan Mr Husband di Jepun. Percutian hanya di sekitar Bandaraya Tokyo dan Gunung Fuji. Di Tokyo sahaja pun kami tak habis jalan. Tak sempat ke Ginza, Ikebukuro, Shibuya, Roppongi.. Shinjuku pun hanya ke station bus dan keretapi je.. Yang penting untuk pada yang memilih untuk bercuti sendiri, tanpa menggunakan mana-mana ejen, boleh la rancang dahulu dan research skit mana-mana tempat yang kalian teringin nak pegi dan teringin nak makan. Jadi nanti bila sampai disana takde la tak tahu mana arah tujuan kan?

Kenapa kami pilih untuk bergerak sendiri tanpa menggunakan mana-mana ejen atau group? Hmm.. bagi kami lebih mudah begitu.. timing boleh adjust sendiri, nak kemana pun kita sendiri yang decide.. Cara begini pun pada akak lebih mengajar dan menambah pengalaman.. mengajar kita berkomunikasi, mengajar merancang dan menyusun jadual perjalanan, baca map dan secara tak langsung kita lebih peka dengan tiap2 yang berlaku contoh stesen keretapi.. kita akan alert dimana kita kita berada.. macam tu la.. hehe.. kami seronok cara begitu.. 

Untuk kemana-mana sekitar Tokyo, kami memilih untuk membeli tiket sehala untuk kemana-mana. Kita ada pilihan jika rasa seharian tu kita nak berjalan seluruh Tokyo, berhenti di mana-mana stesen dan jalan-jalan sebentar ambik angin, boleh beli tiket daily 1,500 yen duit kita kira-kira RM55.00 sehari. Keluar masuk lah dimana-mana subway selagi tidak terkeluar dari subway Metro Line atau Toie Line. 

Selain dari daily pass, ada juga JR Pass.. JR pass boleh guna untuk perjalanan menggunakan keretapi, bas, feri.. dan biasa nya digunakan untuk perjalanan jauh dan panjang. JR Pass boleh dibeli untuk 7 hari, 14 hari dan 21 hari. Tapi ada beberapa syarat yang mesti dipatuhi terutama kawasan mana yang boleh masuk, dan mana yang tidak boleh masuk dengan JR Pass yang kita beli. Jadi pentingnya rancang perjalanan dan supaya tidak tersalah beli tiket. (boleh google about  JR Pass Japan).

Kita kira semula kos perjalanan kami dari day 1 hingga day 6 (refer kisah di artikel sebelumnya)

Day 1 - RM 608.00
Day 2 - RM 587.90 
Day 3 - RM 1,011.00
Day 4 - RM 395.90
Day 5 - RM 1,436.00
Day 6 - RM 306.40

Total RM 4,344.30 untuk 2 orang. Seorang kira-kira RM 2,172.00. Ok la kan? Tidak termasuk tiket kapalterbang, survenir dan barang-barang kegemaran.. Tiket kapal terbang untuk jimat kita boleh beli awal dan boleh pilih mana-mana airline yang offer murah. Anggaran tiket RM1,000.00 - RM1,500.00 seorang. 

Sebenarnya kita boleh jimatkan lagi perbelanjaan. Untuk bilik, ada beberapa type bilik yang kita boleh pilih, 1 bilik 2 orang, 4 orang atau 6 orang macam hostel. Di Trace Guest House, Kikkake dan Hostel Den juga ada beberapa tpye bilik yang boleh kita sewa mengikut bajet. Makan pun macam tu.. banyak restoran halal sekarang di Jepun. Macam tekak akak yang mengada-ngada nak makan wagyu ni boleh lah ketepikan.  Apapun terpulang pada budget masing-masing.. Nak ke hotel canggih-canggih pun boleh, makan sushi, tempura dan wagyu hari-hari pun boleh.. heheh.. ikut bajet dan kemampuan masing-masing.. 

Ini percutian budget cara kami. Yang penting adalah masa yang kita luangkan bersama yang tersayang. Rancang perbelanjaan dan rancang perjalanan.. InsyaAllah semua akan ok. InsyaAllah..

Sebaiknya dapatkan brochure dan info mengenai tempat yang
kita nak pergi. Brochure banyak terdapat dia mana-mana infromation centre,
shopping centre juga di 7eleven.

2019 - DOA DAN PENGHARAPAN

Bismillahirahmanirrahim.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..  Biasa kita dengar, tiada manusia yang sempurna.. semuanya melakuka...