Wednesday, 2 January 2019

2019 - DOA DAN PENGHARAPAN

Bismillahirahmanirrahim..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. 

Biasa kita dengar, tiada manusia yang sempurna.. semuanya melakukan kesilapan dalam hidup.. Betapa hebatnya dugaan dan cabaran dalam menjalani kehidupan seharian. Allah menguji, bukan sahaja dengan kesedihan malah gembira juga satu ujian.. Kuatkah kita dugaan atau lalaikah kita dengan nikmat? 

Tapi itulah kitaran hidup manusia.. ada suka ada duka.. sekali kita melangkah, berani mengambil keputusan, namun beranikah kita berhadapan dengan cabaran yang mendatang? atau.. menyesal dengan tindakan kita dan ingin berpatah semula.. 

Kita sering khuatir dengan keputusan yang telah diambil.. antara benar kah atau salah kah? Bila kita dijalan buntu, istkharah lah.. Allah akan memberi jawapan.. Dia sentiasa membantu.. Percayalah dan yakinlah itulah yang terbaik yang Allah Taala telah tentukan. Dialah sebaik-baik perancang. 

Kasih sayang dan rasa cinta boleh dipupuk dan dibaja.. andai kita merasa diri melakukan kesilapan dan gagal dalam hidup, rasa rendah hati dan kasih sayang tidak pernah gagal.. semarakkan lah rasa kasih sayang pada semua orang.. bukan sahaja pada orang yang kita cinta, namun sesama manusia, sesama makhluk Allah.. Kebaikan takkan pernah mati pada mereka yang menghormati diri mereka sendiri.

Hidup dan pengalaman adalah guru paling hebat. Jalanilah hidup seperti mana yang kita mahu. Bukan seperti yang orang lain mahukan. Kita berhak keatas kebahagiaan kita sendiri. Pilihan ditangan kita.. Keputusan ditangan kita. Namun usah menunding jari seandai nya kita salah. Apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan, jangan terlalu mengharapkan yang indah-indah.. Expect the worst.. kerana selagi kita hidup, kita akan terus diuji dan terus diuji.. REDHA..


Selamat menyambut Tahun Baru 2019 dari kak Nana. Doa kak Nana sentiasa yang baik-baik untuk hari-hari yang mendatang. Rasa syukur yang sentiasa dibibir kerana diberi nikmat hidup hingga ke hari ini. Dikelilingi insan tersayang. Doakan juga akak sentiasa sihat dan kuat menghadapi ujian yang bakal Allah Taala kurniakan.. Berani bertanggungjawab dengan keputusan yang Kak Nana buat.. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.. selamat datang hari pertama 2019..    

No comments:

Post a Comment