Monday, 4 February 2019

KEGILAAN "BOHEMIAN RHAPSODY"

Bismilahirahmanirrahim.. Assalamualaikum..



Awal tahun 2019 ternyata kesihatan tak menyebelahi Kak Nana.. hampir 2 bulan batuk.. berselang dengan demam, sihat, dan demam semula.. namun hingga hari ni batuk kak Nana masih tak hilang lagi.. arghh.. takpelah sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Allah Taala.. ada sebab dan ada hikmahnya.. 

Sepanjang Kak Nana berehat ni ada kelapangan untuk tengok filem yang kak Nana tunggu-tunggu.. BOHEMIAN RHAPSODY.. yesss.. download kat internet.. sebab November lepas masa released tak masuk kat mana-mana wayang kat Seremban ni.. adoii.. punyalah frust.. sesaja nak naik KL nak g tengok wayang je memang tak la kan.. apatah lagi nak ajak anak-anak.. cakap je Freddie Mercury, Bohemian Rhapsody semua mata naik ke atas.. hmm.. takde la tu nak teman.. so sabar je la sampai boleh download.. 

Apa yang Kak Nana boleh komen tentang filem ni.. 5 bintang!! Rami Malek ternyata aktor hebat sebagai Freddie Mercury and he deserved an oscar!.. Casting superb! yang paling buat berdiri bulu roma of couse la Konsert Live Aid (1985) kan.. sebak, bergenang air mata kak Nana.. Tengok je la mana-mana review pasal Bohemian Rhapsody memang tak mengecewakan.. terutama mereka-mereka yang sealiran.. 

Kak Nana tak nak komen apa-apa pasal Queen atau Freddie sebab kalau salah fakta boleh bergaduh dibuatnya dengan peminat-peminat tegar Queen.. hahha.. sebabnya Queen popular sangat-sangat masa zaman 70an dan 80an.. Akak lahir pun 1976.. huhuu.. tapi minat la juga dengan Queen especially lagu Radio Ga Ga, We Will Rock You yang selalu kak Nana nyanyi masa kecik-kecik.. hehhe.. selebihnya kalau nak tau pasal Queen boleh la google ya.. 

Berapa kali pulak kak Nana ulang-ulang cerita ni? Haihh.. pantang ada masa terluang.. sebelum tido, masa cuti, dalam kereta.. sebab nya.. Sebab Freddie Mercury dan Queen adalah Legend.. Muzik dan lagu-lagu yang tak bosan dengar.. Evergreen dan lagu Bohemian Rhapsody sendiri adalah sebuah karya masterpiece Freddie Mercury.. Lagu yang penuh tanda tanya dan misteri.. Lirik yang puitis dan hanya Freddie Mercury yang tahu apa sebenarnya cerita disebalik Bohemian Rhapsody.. Scaramouch, Bismillah, Galelio, Walaupun ramai yang cuba menghuraikan lirik lagu tersebut, ternyata ianya masih misteri.. Kredit pada pembikin filem Bohemian Rhapsody.. Buat kita merasai kembali kewujudan dan mengubat kerinduan peminat-peminat Queen dan Freddie Mercury. Hats off!!




No comments:

Post a Comment